Rabu, 29 September 2010

TIps Untuk Mata Anda...

BULATAN HITAM BAWAH MATA

Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.

MATA SEMBAB

Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

KELETIHAN MATA

Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.

Tips Untuk Wajah Berseri...

Petua Cara 1 :

Cuci muka anda dengan air basuhan beras. Saya menggunakan air basuhan kali ke-2. Air basuhan kali pertama biasanya agak gatal. Lakukannya pada setiap hari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akan menjadi bertambah cerah dan lembut

Petua Cara 2 :

Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi tersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas...

Tip Mencerahkan Kulit Muka...

Caranya :

1)Parutan Lobak merah
2) Kuning Telur
3) Sedikit Air Limau Nipis
 (kat rumah saya hanya ada limau kasturi, jadi saya guna limau kasturi ajer)

Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.

Bagi saya, resipi ini cukup berkesan. Saya sendiri telah mencubanya dan mendapati kulit wajah saya lebih cerah dan berseri sebaik sahaja campuran tadi ditanggalkan. Cubalah sendiri Insyaallah...

Akma AF3 Sudah Berpisah...

Baru je beberapa hari lepas beberapa blog hiburan mendedahkan gambar kekasih Akma AF3 (Beautiful Nara), hari ini Akma mengakui beliau telah berpisah dengan kekasihnya. Namun begitu, menurut Akma perkara ini tidak menjejaskan karier dan hidupnya. Walaupon sedih, Akma AF3 tetap menjalani hidupnya seperti biasa dan meneruskan kerjayanya.

Aktiviti 
Akma AF3 sempena bulan Ramadhan ini, Akma terlibat dalam rancangan Marhaban Desa di Astro setiap hujung minggu. Minggu lalu, dia telah menjayakan program itu di Kuala Terengganu, seterusnya pada 20 Ogos ke Alor Setar, 28 Ogos (Muar) dan 4 September (Temerloh).

Sumber:Budiey.com

Bienda Sudah Bergelar Isteri Orang....

Wah! Tak sabar rasa nya menunggu bulan Oktober tiba, tup tup Bienda dah pon bernikah dengan pasangan nya Mr. K.
Sebelum ini, Bienda dikhabarkan akan bernikah awal Oktober ini, tiba-tiba hari ni Bienda dah selamat bernikah dengan pasangan nya Mr. K


Siapa Mr. K?
Menurut sumber, suami Bienda bernama Kamarul Zariman Abd. Rahman berumur dalam lingkungan 27 tahun, bekerja sebagai penerbit rancangan di sebuah stesyen TV swasta.
Majlis pernikahan Bienda dan pasangannya berlangsung dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekat sahaja.
Pada 8 Oktober nanti, 1,000 tetamu dijemput dalam majlis resepsi yang akan diadakan di sebuah dewan di Selayang, dan dalam majlis itu, Bienda akan mendedahkan gambar pernikahannya. Segala persoalaan akan terjawab kerana selesai sahaja majlis persandingan, Bienda akan mengadakan sidang akhbar bagi menjawab apa sahaja soalan daripada pihak media.
Bienda memang mahukan privasi untuk pernikahannya. Semoga Bienda dan pasangannya berbahgia...


Nasreen Ngasri a.k.a Darling Mengaku Salah Guna Dokumen Palsu...




NasreenNgasri atau lebihdikenali dengan panggilan Darling diarahkan membayar denda RM15,000 atau berhadapan dengan hukuman penjara selama tiga bulan, selepas Darling mengaku bersalah atas tuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.
Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Jagjit Singh selepas menerima pengakuan salah Darling terhadap pertuduhan alternatif yang ditawarkan kepadanya pada Rabu.


Pada penghakimannya, Hakim berkata, beliau telah mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan secara panjang lebar oleh peguam Darling dan juga balasan pihak pendakwaan.
“Antara perkara yang saya pertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman adalah faktor bahawa tertuduh adalah pesalah pertama yang telah insaf dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan ini lagi,” tambahnya.
Darling, 27, kelihatan tenang semasa hukuman dijatuhkan. Dia hadir dengan ditemani suami, Nur Azlin Rahmat, 34, dan ibu bapa, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar.
Terdahulu, peguam A. Khailes merayu mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap Darling yang sedang mengadung dua bulan.


“Tertuduh mengalami tekanan disebabkan kes ini. Dia tidak mendapat kontrak lakonan baru dan menjalani kehidupan sebagai suri rumah tangga sementara kes selesai,” katanya.
Beliau menambah, pengadu kes tersebut, Mohamad Ridzuan Mat Hussin yang merupakan bekas rakan kongsi Darling di syarikat Nasridz Pictures Sdn Bhd juga telah menandatangani perjanjian penyelesaian pada 10 Mei lalu.


“Antara terma ialah semua pertikaian antara mereka termasuk kes ini diselesaikan. Pengadu juga telah membuat laporan pada 29 Jun lalu untuk menarik semula aduannya,” katanya.
Khailes turut memanggil Mohamad Ridzuan yang mengesahkan bahawa dia telah mendapat semula wangnya berjumlah RM150,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank.
Selain itu, Khailes turut memberitahu bahawa Darling membuka akaun baru itu selepas akaun asal syarikat di CIMB Bank dibekukan pengadu.


Turut mewakili Darling ialah peguam Amir Feisal Ariff Mohamad Shukri.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah K.M Abu Bakar pula membalas dengan menyatakan walaupun akaun tersebut adalah akaun syarikat, tertuduh merupakan penandatangan tunggal akaun itu.


“Kesalahan yang dilakukan juga adalah serius kerana melibatkan elemen ketidakjujuran,” katanya yang mengendalikan pendakwaan bersama Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandez.
Darling didakwa atas kesalahan menggunakan dokumen “Director’s Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn. Bhd” yang diketahuinya palsu sebagai tulen.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 16 Ogos 2007 di RHB Bank Berhad, Jalan Tun Razak, Cheras, di sini.


Bagi kesalahan itu, pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1999 menerusi drama Selamat Hari Jadi Su III itu didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Dia didakwa di mahkamah buat kali pertama pada 6 Februari lalu dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
Fakta kes menyatakan, polis membuat siasatan ekoran aduan Mohamad Ridzuan, 34, di Pandan Indah, di sini, pada 18 Mac 2008.
Siasatan menunjukkan bahawa Darling telah menggunakan dokumen itu yang mengandungi tanda tangan Mohamad Ridzuan selaku pengarah syarikat bagi membuka akaun syarikat di bank tersebut.


Dokumen itu juga turut mempunyai tandatangan Darling sebagai pengarah dan Mohd khairul Amin A.Ramli selaku setiausaha syarikat.
Bagaimanapun, laporan kimia mengesahkan bahawa tandatangan Mohamad Ridzuan berkemungkinan tidak dibuat olehnya.


7 Tip Sewaktu Di Meja Makan...

Salam untuk semua..
Hari ni saya nak bercerita tentang tabiat & adab di meja makan.. Post ini ditujukan khas untuk semua abang-abang dan adik-adik lelaki di luar sana.. Ada beberapa adab dan tertib yang harus anda ikuti dan amalkan setiap masa dan setiap ketika.  Adab anda di meja makan juga menjadi salah satu tarikan kepada kaum perempuan.  Ada kalanya perangai anda yang kurang sopan meloyakan tekak dan pastinya membuatkan orang perempuan menghindarkan diri dari anda!

1)    Mencungkil gigi

Salah satu tabiat yang sering dilakukan oleh kaum lelaki.  Selesai sahaja makan, habis semua gigi dicungkil dan dikorek..  Selepas itu, kalau tidak diludah ke tepi, terus ditelan semula.  Aduhai, perempuan amat gelui kalau anda ada tabiat sebegini!
Amalan ini memang bagus untuk membersihkan gigi, namun adalah lebih baik anda ke tandas atau ke tempat-tempat yang terlindung dari pandangan orang.

2)    Sedawa dengan kuat

 Burpppppppppp.. Aduhai, terasa begegar gegendang telinga mendengar bunyi sedawa anda!  Percayalah, tidak ada orang yang mahu aroma dari perut anda itu didengari dan dikongsi, apatah lagi jika anda baru sahaja makan jering dan tempoyak atau durian!

Seandainya anda memang tidak mampu menahan sedawa itu, tutup mulut untuk mengurangkan bunyinya.  Selepas itu, minta maaf, ucapakan “maafkan saya” @ excuse me!

  
3)    Kentut
Janganlah suka-suka hati membuang angin selepas makan.  Ada orang yang mungkin loya atau geli dengan perangai anda.  Meja makan tempat makan, bukan membuang “aroma hangit” dari perut anda!
Benar, memang tidak bagus menahan diri dari kentut, namun pergilah ke tempat tersembunyi atau tandas.  Jika sudah ada rasa-rasa senak, minta diri dan segeralah ke tempat yang tidak ada orang dan lepaskanlah seberapa banyak das yang anda mahu!


4)    Menyudu makanan dengan tangan kanan

Saudara, kita memang makan dengan menggunakan tangan kanan, tapi janganlah gunakan tangan yang sama untuk menyudu kuah di depan mata. Sudahlah nampak selekeh, nasi di tangan pula pasti bertaburan.  Jika ada orang lain bersama dengan anda, pasti dia rasa tidak selesa kerana sudu telah dikotorkan dengan lauk pauk di tangan anda.

Gunakan tangan kiri untuk mencedok kuah atau makanan ke pinggan.  Ia menunjukkan anda seorang yang bersih dan teliti.


5)    Makan bersepah

Biasanya kalau ada lauk ayam atau ikan, selesai makan, tulang-tulang lauk akan bertaburan di sisi meja.  Nampak sungguh selekeh dan menyakitkan hati!

Jika anda mahu meletakkan sisa-sisa makanan itu, ambil satu lagi pinggan kecil, dan letaklah semua sisa di dalamnya.  Orang yang mengemas meja pun akan rasa senang hati!

  
6)    Gelojoh

Anda makan bagaikan sudah sebulan tidak berjumpa makanan.  Anda terkejar-kejar menghabiskan makanan itu, seolah-olah ada pertandingan yang harus ditamatkan.  Sudahlah gelojoh, berbunyi-bunyi pula bagaikan itik menyudu.  Aduhai, memang kembang tekak melihat lelaki makan begini!

Makanlah perlahan-lahan.  Kunyah perlahan-lahan agar makanan mudah dihadam.  Suap satu persatu.  Setelah habis satu suapan, baru anda susuli dengan suapan kedua.. Nah, kan nampak tertib dan sopan!


7)    Menjadikan pinggan makan sebagai tempat abu rokok

Selepas makan, bagaikan wajib menghisap rokok.  Yang tak seronoknya, pinggan makan di jadikan tempat meletak abu rokok.  Nampak kurang sopan, pinggan itukan tempat makanan, tempat rezeki.  Janganlah samakan ia dengan tempat membuang sampah!

Carilah bekas abu rokok, atau buangkan di bawah.  Jangan buat si dia jelik dengan tabiat kamu!


Nah, 7 adab ini harus anda jaga agar bukan sahaja dapat menambat cinta si dia, malah juga ibu, bapa dan keluarganya!  Selamat mencuba!

Azmil Mustapha Di Masukkan Ke ICU...


Untuk anda yang tidak tahu, Azmil Mustapha kini menetap di Syria. Dan dari blog Farz, kami mendapat tahu yang Azmil Mustapha akan menjalani satu pembedahan jantung di ICU di hospital sana. Marilah kita doakan yang terbaik untuknya. Semoga pembedahan tersebut akan berjalan dengan lancar.
Kalau anda ingin membaca kisah Azmil Mustapha dan pilihannya untuk pergi ke Syria, boleh dapatkan majalah SOLUSI. Tapi kami tak ingat keluaran bulan bila. Dalam tue ada banyak cerita menarik tentang Azmil Mustapha yang suatu ketika dahulu femes dengan filem Ali Setan.
Semoga segalanya dipermudahkan untuknya. Nanti kalau ada update kami akan ceritakan lagi.

Anak Syak Ibu Dikurung...



KUALA LUMPUR: Hartawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 44, dilaporkan hilang secara misteri sejak seminggu lalu dan gagal dikesan hingga kini.
Difahamkan, kehilangan bekas isteri kepada vokalis kumpulan rock Lefthanded, Nash itu menyebabkan anak mangsa mengesyaki ibunya dilarikan dan dikurung sebelum membuat laporan polis.

Turut hilang bersama jutawan berkenaan ialah tiga individu lain mempunyai hubungan dengan urusan perniagaan dan syarikatnya.

Susulan itu, anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kehilangan ahli perniagaan berkenaan bersama tiga individu lain.

Sumber polis berkata, kehilangan Sosilawati hanya dilaporkan anak perempuan mangsa berusia 21 tahun Khamis lalu selepas mendapati ibunya gagal dihubungi tanpa sebab sejak malam Isnin.

Difahamkan, anak mangsa yang juga pembantu perniagaan kepada ibunya mula berasa tidak sedap hati berikutan ibunya tidak pernah `hilang’ apatah lagi telefon bimbitnya gagal dihubungi.

“Berdasarkan maklumat, Sosilawati dikatakan tidak pernah mematikan telefon bimbit dan kerap kali menghubungi anak atau pekerjanya bagi memaklumkan apa jua perkembangan dirinya selain lokasi dia berada.

“Namun pada jam 6 petang Isnin lalu, Sosilawati dikatakan keluar bersama pemandu peribadinya bernama Kamal untuk bertemu seorang peguam di Banting, Selangor. Dia ketika itu meninggalkan pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, di sini,” katanya

Menurutnya, berdasarkan laporan, Sosilawati dikatakan turut ditemani dua lagi individu bernama Hisham dan Kamil yang juga seorang pegawai bank bagi menguruskan isu jual beli tanah serta peguam mangsa.

“Namun kira-kira jam 9 malam, anak mangsa menerima SMS daripada ibunya yang mengandungi mesej aneh dan sukar difahami.

“Anak mangsa cuba untuk menghubungi ibunya itu tidak lama kemudian namun gagal. Malah tiga individu lain yang dipercayai berada bersama mangsa turut gagal dihubungi sehingga hari ini,” katanya.

Difahamkan, polis menyerbu sebuah kediaman di Jalan Duta di sini, namun tidak menemui mangsa seperti maklumat disalur keluarga mangsa.

Difahamkan, polis turut berusaha menjejaki mangsa selain mendapatkan maklumat serta mengambil keterangan anak mangsa di IPK tengah hari semalam bagi meleraikan misteri kehilangan usahawan wanita berjaya itu.

“Setakat hari ini (semalam), masih belum ada perkembangan positif berhubung kes kehilangan ahli perniagaan berkenaan walaupun ada maklumat mendakwa mangsa dikesan berada di Batu Pahat, Johor,” katanya.

Sementara itu, keluarga mangsa turut mendapatkan khidmat bantuan pengamal perubatan tradisional bagi mengesan lokasi mangsa disembunyikan.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan ahli perniagaan berkenaan dan memberitahu polis berusaha sedaya upaya mengesan mangsa.

Menurutnya, polis setakat ini sudah mengambil keterangan daripada keluarga mangsa selain pekerja bagi membolehkan siasatan rapi dilakukan berhubung motif kehilangan Sosilawati.

Sementara itu, anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, malam tadi memberitahu, setakat ini belum ada sebarang berita mengenai ibunya.

Menurutnya, dia serta semua ahli keluarga berkumpul di rumah sejak hari ibunya hilang serta dalam keadaan bersedih dan hanya mampu membuat solat hajat, membaca Yasin serta berdoa agar ibunya selamat.

Selain itu, menurutnya ahli keluarga juga dipanggil ke IPK Kuala Lumpur untuk memberi keterangan berhubung kehilangan ibunya bagi membantu siasatan.

Ahad, 26 September 2010

Sejarah Muzik Reggea...

Menurut
sejarah Jamaica, budak yang membawa drum dari Africa disebut “Burru”
yang jadi bagian aransemen lagu yang disebut “talking drums” (drum yang
bicara) yang asli dari Africa Barat. “Jonkanoo” adalah musik budaya
campuran Afrika, Eropa dan Jamaika yang terdiri dari permainan drum,
rattle (alat musik berderik) dan conch tiup. Acara ini muncul saat
natal dilengkapi penari topeng. Jonkanoos pada awalnya adalah tarian
para petani, yang belakangan baru disadari bahwa sebenarnya mereka
berkomunikasi dengan drum dan conch itu. Tahun berikutnya, Calypso dari
Trinidad & Tobago datang membawa Samba yang berasal dari Amerika
Tengah dan diperkenalkan ke orang – orang Jamaika untuk membentuk
sebuah campuran baru yang disebut Mento. Mento sendiri adalah musik
sederhana dengan lirik lucu diiringi gitar, banjo, tambourine, shaker,
scraper dan rumba atau kotak bass. Bentuk ini kemudian populer pada
tahun 20 dan 30an dan merupakan bentuk musik Jamaika pertama yang
menarik perhatian seluruh pulaunya. Saat ini Mento masih bisa dinikmati
sajian turisme. SKA yang sudah muncul pada tahun 40 – 50an sebenarnya
disebutkan oleh History of Jamaican Music, dipengaruhi oleh Swing,
Rythym & Blues dari Amrik. SKA sebenarnya adalah suara big band
dengan aransemen horn (alat tiup), piano, dan ketukan cepat “bop”. Ska
kemudian dengan mudah beralih dan menghasilkan bentuk tarian “skankin”
pad awal 60an. Bintang Jamaica awal antara lain Byron Lee and the
Dragonaires yang dibentuk pada 1956 yang kemudian dianggap sebagai
pencipta “ska”. Perkembangan Ska yang kemudian melambatkan temponya
pada pertengahan 60an memunculkan “Rock Steady” yang punta tune bass
berat dan dipopulerkan oleh Leroy Sibbles dari group Heptones dan
menjadi musik dance Jamaika pertama di 60an.

Perjuangan Bob Marley....

Terlahir dengan nama Robert Nesta Marley pada Februari 1945 di St. Ann, Jamaika, Bob Marley berayahkan seorang kulit putih dan ibu kulit hitam. Pada tahun 1950-an Bob beserta keluarganya pindah ke ibu kota Jamaika, Kingston. Di kota inilah obsesinya terhadap musik sebagai profesi menemukan pelampiasan. Waktu itu Bob Marley banyak mendengarkan musik R&B dan soul, yang kemudian hari menjadi inspirasi irama reggae, melalui siaran radio Amerika. Selain itu di jalanan Kingston dia menikmati rentak irama Ska dan Steadybeat dan kemudian mencuba memainkannya sendiri di studio-studio musik kecil di Kingston. 

Bersama rakannya Peter McIntosh dan Bunny Livingston, Bob membentuk The Wailing Wailers yang mengeluarkan album perdana di tahun 1963 dengan hit “Simmer Down”. Lirik lagu mereka banyak berkisah tentang “rude bwai” (rude boy), anak-anak muda yang mencari identiti diri dengan menjadi gangster di jalanan Kingston. The Wailing Wailers dibubar pada pertengahan 1960-an dan sempat membuat penggagasnya patah arang hingga memutuskan untuk berkelana di Amerika. Pada bulan April 1966 Bob kembali ke Jamaika, bertepatan dengan kunjungan HIM Haile Selassie I —raja Ethiopia– ke Jamaika untuk bertemu penganut Rastafari. Kharisma sang raja membawa Bob menjadi penghayat ajaran Rastafari pada tahun 1967, dan bersama The Wailer, band barunya yang dibentuk setahun kemudian bersama dua personal lawas Mc Intosh dan Livingston, dia menyuarakan nilai-nilai ajaran Rasta melalui reggae. Penganut Rastafari lantas menganggap Bob menjalankan peranan profektif sebagaimana , menyebarkan inspirasi dan nilai Rasta melalui lagu-lagunya.

Pada tahun 1978, Bob Marley menerima Medali Perdamaian dari PBB sebagai penghargaan atas upayanya mempromosikan perdamaian melalui lagu-lagunya. Sayang, beliau mengakhiri hidupnya pada 11 Mei 1981 saat usia 36 tahun di ranjang hospital Miami, akibat dadah yang berlebihan...

Cara Berfikir Dengan Cepat...

Otak manusia pada dasarnya merupakan komputer biologi.Ia memerlukan makanan, oksigen, dan ia juga perlu latihan.Korang dapat melakukan beberapa hal untuk meningkatkan kekuatan otak dengan melatihnya,atau memanipulasinya.

Tip di bawah ini mungkin akan membuatkan otak korang bekerja lebih baik.

1. Ambil dosis EPA secukupnya


EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak, setiap orang pasti sudah mengetahuinya.Kajian menunjukan bahawa minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pada otak, melancarkan peredaran darah, dan meningkatkan daya ingatan kita.

2. Seks secara terancang

Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut buku Teach yourself Training your brain yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi. Seks adalah bentuk sempurna dari latihan, yang juga meningkatkan peredaran darah ke otak. Ia dapat mengurangkan stress dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja otak.

3. Buat teka teki

Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak korang tetap pada kondisi terbaik. Sama seperti otot, jika korang tidak berlatih secara reguler, ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja secara maksima.

4. Berjalan kaki

Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan pikiran. Berjalan di bandar, dekat sungai atau di taman akan membantu korang menyingkirkan awan kelabu dan membantu pikiran korang lebih 'jernih.'
5. Ketawa/Senyum

Ketawa bukan saja merupakan ubat terbaik, ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasi kedua sisi otak.Pastikan korang ketawa setiap hari yer.Lagipun senyum itu sedekah ;)
6. berfikiran Kreatif

Melukis atau pelajari alat musik yang baru dapat menyebabkan korang berfikir lebih cepat dan Kreatif.jadi,kalau korang minat muzik,selalu2 kanlah pergi Jamming
7. Berhubungan dengan sifat Keanak-Anakan
Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada pengetahuan dan ia menggunakannya pada beberapa eksperimen yang akhirnya menemui perhitungan paling terkenal sepanjang masa (E=MC2).

Cuba kita lihat anak-anak, mereka penuh dengan imaginasi, dan mereka belajar lebih banyak pada tahun-tahun awal kehidupan mereka lebih daripada apa yang kita pelajari selama satu dekad. Bebaskan pikiran korang dari penjara pikiran 'seorang dewasa', koraang akan menemui cara berpikir yang belum pernah ada sebelumnya.

Air Terjun Berdarah...

Salah satu fenomena unik yang ada di bumi adalah air terjun berdarah di Antartika.Fenomena ini terjadi di sebuah Gletser Antartika di lembah Mc Murdo wilayah kutub selatan.Pertama kali ditemui oleh seorang ahli geologi pada tahun 1911.

Mengikut dari info yang aku dapat,mereka menemui perkara aneh yang mereka kira adalah warna merah yang mengalir merupakan warna yang berasal dari ganggang merah. Namun ternyata perkiraan tersebut salah dan tidak benar.

Kira-kira 2 juta tahun yang lalu, Gletser Taylor terkurung dibawah aliran air yang mengandungi kumpulan mikroba kuno.Mikroba ini hidup tanpa cahaya, panas,oksigen, dan disana mereka terperangkap pada suatu kondisi yang sangat tinggi dan kaya akan zat besi sehingga memberikan warna yang merah sama dengan zat besi dalam darah.

Para sejarahwan menganggarkan cairan seperti darah ini berasal dari mikroba kuno yang terperangkap di dalam celah ais

Air terjun ini terjadi kerana adanya sebuah celah dari gletser tersebut yang memungkinkan air subglacial tersebut keluar, membentuk air terjun tanpa mencemari ekosistem didalamnya. Para sejarahwan akhirnya menduga dari kesimpulan tersebut boleh sangat terjadi juga di planet-planet lain seperti Mars dan Yupiter.

Air terjun berdarah ini benar-benar suatu fenomena alam yang ajaib baik secara visual mahupun ilmiah

Siapakah Yang Mengharamkan Daun Ganja....

Sampai abad ketiga Hijrah,ulama tidak pernah bercakap soal ganja.Yang pertama kali mengeluarkan fatwa tentang ganja adalah Imam al-Muzani,murid dari Imam al-Syafi’i (175-264 H).Fatwa al-Muzani merupakan reaksi ulama atas fenomena ganja ini dalam kehidupan masyarakat di Iraq,waktu Al-Muzanni mengeluarkan fatwa haram terhadap ganja.

Pada masa itu,al-Muzanni mengatakan fenomena ganja mencapai tahap yang sangat merisaukan.Akhirnya, murid al-Syafi’i itu menyatakan bahawa ganja haram.Fatwa dari al-Muzanni ini telah ditentang oleh oleh Asad bin Amir, murid Abu Hanifah.Asad menyatakan bahawa ganja tidak haram.Tapi, akhirnya semua ulama sepakat bahawa ganja haram digunakan,kerana telah membawa kesan yang sangat besar terhadap masyarakat.

Kononnya,pada masa itu ganja telah umum digunakan masyarakat sehingga sangat banyak orang yang ketagih dan mengalami gangguan fikiran.Orang cerdik banyak yang tak waras gara-gara ganja. Akhirmya, para ulama di Transoxinia (MaWara’a al-Nahr) bersepakat mengharamkannya, sesuai dengan fatwa al-Muzanni.

Ulama pada masa itu juga mengeluarkan fatwa agar daun ganja dibakar,wang hasil transaksi ganja haram,penjual dan orang yang menghisap ganja harus diberi hukuman.

Kronologi Arnold Schwarzenegger...

Siapa yang tak kenal Arnold Shwarzenegger? , bintang film terkenal, salah satu bintang film dengan honor terbesar. Siapa yang tak tahu Film “Comando”, “Terminator”?, dan banyak lagi film Box Office lainnya.

Siapa dia?, Ia lahir dan dibesarkan di Austria dan sudah mulai berlatih sebagi atlet angkat berat sejak kanak-kanak, di usai 18 tahun, ia memenangkan kontes binaraga untuk pertama kalinya menjadi “Mr. Universe” pertama yang berhasil mempertahankan gelarnya lima kali berturut-turut. Ia pindah ke Amerika Serikat dan memenangkan berbagi kontes serupa.


Setelah melampaui capaian prestasi atlet lain di cabang binaraga, ”ia kehilangan tantangan”, Ia pun mencari bidang lain dimana ia masih dapat mengunakan bakatnya. Latihan-latihan binaraga yang pernah ia jalani mengajarinya betapa perlunya ilmu tentang kebugaran fisik dan ia menguasai ilmu tersebut serta ingin membaginya.


Ia pun menulis autobiografinya, Arnold : The Education of Builder, yang laris dipasaran, kemudian ia menulis buku tentang binaraga untuk kaum perempuan, petunjuk para perempuan tentang menggunakan latihan beban dan untuk memperoleh tubuh yang sehat.

Cita-sita berikutnya adalah menjadi bintang film, Bahkan sebelum mendapatkan peran pertamanya dalam film, ia telah bercita-cita menjadi tokoh besar di perfilman, sebesar ketokohan di binaraga, setelah beberapa kali menolak peran kecil, keuletannya terbayar ketika ia diberi peran utama dalam film ”Conan the Barbarian”, Kesuksesan ini ”membuka jalan” bagi serangkaian film aksi lain yang menjadikannya salah satu akor dengan bayaran terbesar di Hollywood.



Keberhasilannya di Film pun tak membuat Arnold berpuas diri, ia menetapkan cita cita baru bagi dirinya sendiri, kali ini di dunia usaha, Ia berinvestasi di real estat, membangun jaringan restoran dan terlibat aktif dalam usah-usaha lain serta menjadi multijutawan.

Akan tetapi, Dengan semakin meningkatnya kesuksesan yang diraih, ia menambahkan apa yang menjadi cita-cita impiannya, melayani masyarakat . ia berkeliling negeri untuk mempromosikan kesehatan dan kebugaran dikalangan muda-mudi. Ia mendatangi kota-kota kecil dan menginspirasi anak-anak untuk meninggalkan kekerasan dan kriminalitas, dan menolak narkotika, senjata api dan geng serta mengatakan ”ya” pada pendidikan.

Tahun 2003, Arnold Schwarzennegger naik ke panggung Politik dan menang telak sebagai Gubernur California yang baru.

Kita banyak belajar dari Arnold, dia bukanlah ”manusia berotot” pada umumnya, ia seseorang yang menggunakan impian-impian dan tujuannya dan menggapainya.


Dalam menetapkan tujuan, anda tidak boleh terkungkung dalam pada satu bidang tertentu saja. Apakah anda sudah puas dengan pencapaian anda saat ini?, sudah cukup dengan yang ada sekarang?, membiasakan dalam kondisi yang ”sekedarnya”, ”alakadarnya”, biasa-biasa
saja, sederhana bahkan kadang ”merana”, ”zona nyaman” yang kadang membiasakan menyamankan dalam kondisi yang sebetulnya kurang nyaman.
Anda pasti punya ”impian lain” yang sebetulnya bisa anda dapatkan, jika saja membuka diri dan berusaha menggapainya.

Arnorld bisa saja membatasi depannya pada satu bidang saja , bidang binaraga dan sukses!, tetapi ia ”punya impian lebih banyak lagi”, menetapkan tujuan-tujuannya lebih tinggi dan
berusaha keras mengapainya.
Ia pernah dikritik dan dicemoh karena kemampuan akting di film pertamanya, tetapi ia tak bergeming, ia ”tidak takut terhadap kritik” dan ”mengejar impiannya” sebagai salah satu
aktor dengan bayaran termahal di Hollywood.

p/s faktor usia menjadikan beliau sebegini rupa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails