Rabu, 29 September 2010

7 Tip Sewaktu Di Meja Makan...

Salam untuk semua..
Hari ni saya nak bercerita tentang tabiat & adab di meja makan.. Post ini ditujukan khas untuk semua abang-abang dan adik-adik lelaki di luar sana.. Ada beberapa adab dan tertib yang harus anda ikuti dan amalkan setiap masa dan setiap ketika.  Adab anda di meja makan juga menjadi salah satu tarikan kepada kaum perempuan.  Ada kalanya perangai anda yang kurang sopan meloyakan tekak dan pastinya membuatkan orang perempuan menghindarkan diri dari anda!

1)    Mencungkil gigi

Salah satu tabiat yang sering dilakukan oleh kaum lelaki.  Selesai sahaja makan, habis semua gigi dicungkil dan dikorek..  Selepas itu, kalau tidak diludah ke tepi, terus ditelan semula.  Aduhai, perempuan amat gelui kalau anda ada tabiat sebegini!
Amalan ini memang bagus untuk membersihkan gigi, namun adalah lebih baik anda ke tandas atau ke tempat-tempat yang terlindung dari pandangan orang.

2)    Sedawa dengan kuat

 Burpppppppppp.. Aduhai, terasa begegar gegendang telinga mendengar bunyi sedawa anda!  Percayalah, tidak ada orang yang mahu aroma dari perut anda itu didengari dan dikongsi, apatah lagi jika anda baru sahaja makan jering dan tempoyak atau durian!

Seandainya anda memang tidak mampu menahan sedawa itu, tutup mulut untuk mengurangkan bunyinya.  Selepas itu, minta maaf, ucapakan “maafkan saya” @ excuse me!

  
3)    Kentut
Janganlah suka-suka hati membuang angin selepas makan.  Ada orang yang mungkin loya atau geli dengan perangai anda.  Meja makan tempat makan, bukan membuang “aroma hangit” dari perut anda!
Benar, memang tidak bagus menahan diri dari kentut, namun pergilah ke tempat tersembunyi atau tandas.  Jika sudah ada rasa-rasa senak, minta diri dan segeralah ke tempat yang tidak ada orang dan lepaskanlah seberapa banyak das yang anda mahu!


4)    Menyudu makanan dengan tangan kanan

Saudara, kita memang makan dengan menggunakan tangan kanan, tapi janganlah gunakan tangan yang sama untuk menyudu kuah di depan mata. Sudahlah nampak selekeh, nasi di tangan pula pasti bertaburan.  Jika ada orang lain bersama dengan anda, pasti dia rasa tidak selesa kerana sudu telah dikotorkan dengan lauk pauk di tangan anda.

Gunakan tangan kiri untuk mencedok kuah atau makanan ke pinggan.  Ia menunjukkan anda seorang yang bersih dan teliti.


5)    Makan bersepah

Biasanya kalau ada lauk ayam atau ikan, selesai makan, tulang-tulang lauk akan bertaburan di sisi meja.  Nampak sungguh selekeh dan menyakitkan hati!

Jika anda mahu meletakkan sisa-sisa makanan itu, ambil satu lagi pinggan kecil, dan letaklah semua sisa di dalamnya.  Orang yang mengemas meja pun akan rasa senang hati!

  
6)    Gelojoh

Anda makan bagaikan sudah sebulan tidak berjumpa makanan.  Anda terkejar-kejar menghabiskan makanan itu, seolah-olah ada pertandingan yang harus ditamatkan.  Sudahlah gelojoh, berbunyi-bunyi pula bagaikan itik menyudu.  Aduhai, memang kembang tekak melihat lelaki makan begini!

Makanlah perlahan-lahan.  Kunyah perlahan-lahan agar makanan mudah dihadam.  Suap satu persatu.  Setelah habis satu suapan, baru anda susuli dengan suapan kedua.. Nah, kan nampak tertib dan sopan!


7)    Menjadikan pinggan makan sebagai tempat abu rokok

Selepas makan, bagaikan wajib menghisap rokok.  Yang tak seronoknya, pinggan makan di jadikan tempat meletak abu rokok.  Nampak kurang sopan, pinggan itukan tempat makanan, tempat rezeki.  Janganlah samakan ia dengan tempat membuang sampah!

Carilah bekas abu rokok, atau buangkan di bawah.  Jangan buat si dia jelik dengan tabiat kamu!


Nah, 7 adab ini harus anda jaga agar bukan sahaja dapat menambat cinta si dia, malah juga ibu, bapa dan keluarganya!  Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails