Selasa, 7 September 2010

Kehebatan Hitler

Siapa tak kenal dengan mamat nie nama Hitler yang agak sinonim dalam sejarah dunia kita.Dia merupakan orang yang berpengaruh dan agak hebat jugak la satu ketika dahulu.Di sini Jom Baca ingin cerita serba sedikit tentang Hitler.Tetapi tak detail sangat.Jom sama-sama kita baca kisah tentang Hitler yang Jom Baca kumpulkan dari pelbagai sumber untuk korang semua paham siapa sebenarnya beliau dan sejarahnya.

Nama sebenarnya adalah Adolf Hitler dilahirkan di Gasthof zum Pommer,Jerman pada 20 April 1889 dan meninggal pada 30 April 1945 ketika umur 56 tahun.Dia merupakan anak keempat dari enam beradik.Hitler adalah kaunselour Jerman dari tahun 1933 dan Pemimpin Jerman sejak 1934 hingga dia meninggal. Pada 2 Ogos 1934,dia menjadi diktator Jerman setelah Presiden Von Hindenburg meninggal.

Dia menyatukan jabatan kaunselour dan pemimpin sekaligus menjadikan Nazi sebagai parti tunggal di Jerman.Dia juga seorang Ketua Parti Nasionalis Sosialis (National Socialist German Workers Partyatau Nationalsozialistis che Deutsche Arbeiterpartei/NSDAP) yang dikenali debagai Nazi.Nazi secara rasminya dibubarkan setelah Jerman kalah dalam Perang Dunia II. Hitler seorang pemimpin yang berkarisma dan merupakan salah satu pemimpin yang paling berpengaruh di dunia.Hitler telah bunuh diri ketika perang dunia II bakal berkakhir

Ayah Hitler, Alois Hitler merupakan seorang pegawai pejabat cukai.Ibunya, Klara Pƶlzl adalah isteri ketiga ayahnya.Ketika kecil,Hitler merupakan pelajar yang baik dan pintar.Ayahnya menginginkan Hitler mengikutinya bekerja sebagai pegawai pejabat cukai apabila besar kelak.Sebaliknya,Hitler lebih cenderong untuk menjadi seorang pelukis dibandingkan mengikuti jejak ayahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails