Ahad, 26 September 2010

Siapakah Yang Mengharamkan Daun Ganja....

Sampai abad ketiga Hijrah,ulama tidak pernah bercakap soal ganja.Yang pertama kali mengeluarkan fatwa tentang ganja adalah Imam al-Muzani,murid dari Imam al-Syafi’i (175-264 H).Fatwa al-Muzani merupakan reaksi ulama atas fenomena ganja ini dalam kehidupan masyarakat di Iraq,waktu Al-Muzanni mengeluarkan fatwa haram terhadap ganja.

Pada masa itu,al-Muzanni mengatakan fenomena ganja mencapai tahap yang sangat merisaukan.Akhirnya, murid al-Syafi’i itu menyatakan bahawa ganja haram.Fatwa dari al-Muzanni ini telah ditentang oleh oleh Asad bin Amir, murid Abu Hanifah.Asad menyatakan bahawa ganja tidak haram.Tapi, akhirnya semua ulama sepakat bahawa ganja haram digunakan,kerana telah membawa kesan yang sangat besar terhadap masyarakat.

Kononnya,pada masa itu ganja telah umum digunakan masyarakat sehingga sangat banyak orang yang ketagih dan mengalami gangguan fikiran.Orang cerdik banyak yang tak waras gara-gara ganja. Akhirmya, para ulama di Transoxinia (MaWara’a al-Nahr) bersepakat mengharamkannya, sesuai dengan fatwa al-Muzanni.

Ulama pada masa itu juga mengeluarkan fatwa agar daun ganja dibakar,wang hasil transaksi ganja haram,penjual dan orang yang menghisap ganja harus diberi hukuman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails