Rabu, 27 Oktober 2010

Saida Fail Cerai , Aidil Tuntut Hak Jagaan Anak...

Akhirnya segala teka teki tentang rumahtangga Siti Saida dan suaminya,Mohd Ghazali Yahya Zikri terjawap jua... Saida telah pun mengfailkan penceraian secara baik... Untuk pengetahuan, Saida telah pun berkahwin selama 14 tahun dan memiliki 4 cahaya mata.
Manakala Aidil semalam telah mengfailkan permohonan sulh(perbincangan) dan tuntutan anak di Mahkamah Syariah Seremban... Untuk makluman, mereka berdua belum bercerai walaupun tindakan Aidil membuat tuntutan menjaga anak agak mengelirukan...
Apa pun kita doakan agar kedua-dua rumahtangga ini berakhir dengan keputusan yang terbaik untuk mereka berdua... Yang penting anak-anak tue janganlah diabaikan...

Rozita Che Wan Yang Sungguh Mengancam...

Sesungguhnya apabila hadirnya Rozita Che Wan ke mana-mana majlis, mata kami akan terus gelap dan tak nampak orang lain dah... Pandangan mata kami hanya memang terjurus kepada RCW sahaja... Keayuannya, keanggunannya dan kecantikannya memang mencairkan walaupun umur RCW sudah agak berusia... RCW seperti ada satu aura yang menyebabkan dia lebih menyerlah dari artis lain...
Apa pun kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Peek-A-Boo yang sudi menjemput kami ke majlis pelancaran Peek-A-Boo di Taman Tun Dr... Ismail baru-baru ini... Kalau anda jenis gila berfesyen dengan rambut, kami cadangkan Peek-A-Boo sebab mereka sangat professonial dan sudah berpengalaman lama dalam bab-bab rambut ini....
Kembali kepada Rozita Che Wan, malam tersebut kami hanya memandang RCW dari kejauhan sahaja... Niat di hati ingin bergambar bersama si cantik manis ini, tetapi lidah ini terasa kelu setiap kali menatap wajahnya... Akhirnya kami memahami perasaan mereka-mereka yang jatuh hati dengan RCW... Memang gorgeous gila...

Vanida Imran Di FFM23...

Ramai rupanya peminat Vanida Imran kat sini. Kami akui Kak Vee memang sangat cantik, pandai berfesyen, dan paling penting hebat berlakon. Terbaru di Festival Filem Malaysia yang ke 23, Vanida Imran telah memenangi Anugerah Best Dress untuk pelakon perempuan. Berdasarkan gambarnya di atas, kami sokong 100% kemenangan Vanida Imran.
Satu lagi perkara yang kami cukup kagumi ialah keutuhan rumah tangga Vanida Imran dan Rashidi Ishak. Untuk makluman, tahun ini ialah ulangtahun ke 10 perkahwinan mereka berdua. Kami doakan agar perkahwinan mereka berdua berkekalan sehingga akhir hayat. Setakat ini memang kisah rumah tangga mereka berdua tidak dijaja di mana-mana. Kami suka bab itu.

Isnin, 25 Oktober 2010

10 Calon Suami Yang Baik...




Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Selamat Bertunang Ayu Raudhah & Zakuan

Akhirnya salah seorang gadis rebutan ramai, Ayu Raudhah sudah sah bertunang dengan jejaka kacak, Zakuan Adha yang merupakan pemain bola sepak Malaysia. 17 Oktober baru-baru ini,  keluarga Zakuan telah datang rumah Ayu Raudhah untuk tujuan menyunting bunga di taman. Terus pada hari tersebut, majlis pertunangan antara Zakuan Adha dan Ayu Raudhah telah berlangsung. Tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua.
Mengikut perancangan, Zakuan Adha dan Ayu Raudhah bakal bernikah di Kedah pada 20 Januari 2011. Maknanya mereka berdua hanya akan bertunang lebih kurang 4 bulan sahaja. Satu langkah yang bagus. Bak kata orang tua-tua, “tak elok sangat tunang lama-lama”. Tak sabar pulak kami nak melihat keayuan Ayu Raudhah di majlis pernikahannya nanti.
Apa pun tahniah kami ucapkan kepada Zakuan dah Ayu Raudhah. Akhirnya tamat sudah segala cerita bila Ayu akan dipinang oleh Zakuan. Sekarang cuma tunggu masa untuk sah bergelar suami isteri sahaja. Tahniah sekali lagi daripada kami kepada anda berdua.

Sofea Jean Sudah Bergelar Datin...


Sofea Jane... Suatu nama yang sangat gah suatu ketika dahulu dalam industri lakonan Malaysia... Orangnya pun cukup cantik... Kecil molek tapi berbakat besar dalam bidang lakonan... Kami rasa semua lakonannya mantap-mantap belaka... Mungkin layak digelar primadona Malaysia...
Baru-baru ini suami Sofea Jane iaitu Meor Zain Azman telah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk... Bila suami sudah menjadi Datuk, maka secara automatik si isteri pun bergelar datin... Maka dengan rasminya Sofea Jane bolehlah dipanggil Datin Sofea Jane...
Untuk pengetahuan, Datin Sofea Jane baru berumur 38 tahun... Sudah berkahwin selama 15 tahun dengan suami tercinta dan mendapat 3 puteri sebagai penyeri keluarga... Melihat gambar di atas membuatkan kami rasa cemburu sebab Datin Sofea Jane tetap nampak muda dan berseri... Apa rahsia beliau agaknya ye?
Apa pun tahniah kami ucapkan kepada Sofea Jane atas gelaran Datin ini...

Akibat Lawak Tercekek Gunting...


Kejadian tertelan duit ,guli atau barang kecil adalah biasa bagi kanak-kanak...Tetapi kalau tertelan gunting bagaimana? Bukan budak tetapi seorang pemuda yang berusia 27 tahun telah tertelan gunting yang berukuran 4in (10 cm)...

Kong Lin telah meminjam gunting itu daripada kawannya untuk mencungkil gigi setelah makan tetapi akibat ada dianatara kawannya yang berbuat lucu ,dia pun ikut ketawa dan tanpa disedarinya gunting itu terlepas dan masuk kekerongkongnya...

Pada awalnya Lin berhasil batuk dan dapat mengeluarkan sedikit bahagian gunting itu.Namun tidak dapat mengeluarkan sepenuhnya,dia pun dibawa ke hospital di Putian China...

Menurut doktor yang merawatnya Lin kelihatan pucat dan darah sudah bercampur dengan ludahnya dan melalui pemeriksaan x-ray gunting sudah masuk kaedalam kerongkongnya...

Pembedahan itu mengambil masa sehingga 30 minit dan gunting itu berjaya di keluarkan... Dia bernasib baik kerana tidak menglami luka yang teruk di bahagian kerongkongnya...

Sehati Sejiwa...









Sanggup Tak Mandi Kerana Inginkan Anak Lelaki...


Berbagai cara dilakukan untuk mencapai keinginan... Seperti yang dilakukan seorang lelaki di India yang rela tidak mandi, demi mendapatkan seorang anak laki-laki... Tujuh orang anak perempuan belum memuaskan hati lelaki yang berusia 63 tahun ini...

Kailash "Kalau'" Singh, sudah tidak mandi semenjak 35 tahun... Dia mengganti mandi dan menggosok gigi dengan "mandi api" setiap siang... Caranya, dia berdiri dengan satu kaki di samping api unggun, menghisap mariyuana, dan berdoa kepada Dewa Shiwa... Mandi api dapat membunuh kuman dan infeksi di tubuh alasan yang diberikannya...

Kalau (63), yang tinggal di luar kota suci Varanasi, telah menolak ritual mandi di Sungai Gangga saat saudara lelakinya meninggal dunia lima tahun lalu...

Kebanyakan masyarakat India menginginkan anak laki-laki  untuk menyambung hidup dan mencari nafkah... Sementara anak perempuan kerap dianggap sebagai beban...

Kalau nak anak sekali pun jangan la smpai tak mandi... 

Aksi Kucing...


Bahayanya Merokok...

INILAH AKIBAT MEROKOK...Gambar-gambar ini korban penghidap kanser akibat merokok... Ternyata bahaya merokok itu lebih parah daripada apa yang kita bayangkan...




Kasihnya Seorang Ibu...

Banyak orang masih tidak menyedari betapa besarnya kasih sayang seorang ibu.Sebenarnya kasih sayang seorang ibu itu tidak hanya ada dalam diri manusia, tetapi juga ada dalam diri haiwan. Lihatlah betapa sayang nya ibu hiwan-haiwan  yang begitu menyayangi anak-anaknya...

Kencing Muka Isteri Dek Masakan yang Tak Sedap!

(sekadar hiasan)
Wooo..wooo..Bro! Kau memang dayus gila kot! Perhatian kencing di sini adalah kencing betul2, bukan maksud 
lawak aku dulu tu..'kencing' yang refers to menipu.

Menurut laporan Metro lagi, si isteri bukan sahaja dikencing di muka, tetapi turut dicukur kepala dan diceraikan dengan talak tiga kot!

Sumpah kejam! Saiko kot si suami ni!

Selepas tidak tahan dengan segala bentuk penderaan, si isteri membuat laporan polis dan now, si suami direman. Padan muka! Ok aku nak suggest kan polis membenarkan si bini kencing pulak kat muka lelaki ni, amacam? Kau rasa pulak ye hancing tak hancing bila kena kencing camtu.

Weh kalau betul tak sedap pun bini kau masak, tak perlu lah sampai sekejam tu kau hukum dia. Kalau ikan sambal tu termasin ke, kari ayam ter tawar ke, tegur je sudahlah! Contoh:
" Ayang, tadi lori garam terbalik yer dalam sambal ni?"

Sabtu, 23 Oktober 2010

Rumah Dara...

(sekadar gambar hiasan)
Kepada Ibu Bapa yang melepaskan anak perempuan mereka bekerja diluar kawasan dari kawasan anda sila ambil berat perhatian terhadap anak2 anda...

Baru2 nie kami dapat tahu dimana terdapatnya perkhidmatan seks di sebuah taman di bandar raya metropolitan ini... Jikalau di lihat dengan mata kasarnya rumah yang di sewa oleh penyewa gadis yang berusia lingkungan 20an ini adalah seperti penyewa2 yang lain, akan tetapi di sebalik tirainya gadis ini menawarkan khidmat seks dan urutan...

Walaubagaimanapun pihak berkuasa dapat memberkas kegiatan yang tidak bermoral ini... Apabila ditemu ramah gadis 20an tersebut mengaku dan telah menjalan kan operasi tersebut lebih setahun yang lalu... Gadis tersebut menegaskan bahawa dengan menjalankan kegiatan tersebut beliau boleh memperolehi pendapatan yang lumayan setiap bulan...

Selain itu juga gadis tersebut menagtakan yang beliau juga megalami kriss ke sempitan wang untuk membantu keluarganya... 

Susu Anak Untuk Ubati Kanser Ayah...


Setelah Ayahnya Tim disahkan menghidapi kanser usus besar, Georgia Browne pergi ke Internet untuk mencari cara untuk membantu menyelamatkan ayahnya. Dia telah menjumpai satu artikel yang menyatakan penyakit ini boleh dikurangkan denagn meyusui pesakit...

Georgia berkata ‘Saya mulai meneliti di internet dan segera ditemukan artikel di Amerika dan Scandinavia yang susu ibu boleh mencegah kanser...

Dia yang melihat dokumentari itu dan memganggap ini idea yang gila kerana susu ibu boleh membantu membunuh sel kanser...

Penemuan yang luarbiasa dan dia cuba membantu ayahnya melakukan sesuatu yang positif untuk penyakitnya... Dia kemudiannya menceritakan idea ini kepada ayahnya dan ayahnya bersetuju...

Atas persetujuan keluarga, Georgia mulai memerah susunya untuk Tim dengan segera... Dia kemudian menyimpannya di dalam peti sejuk...

Keesokan harinya susu tersebut dicampurkan dengan sereal jagung sama seperti susu lembu... Ayahnya menyatakan rasa tidak berbeza dengan yang dari susu lembu dan sedikit manis... 


P/s:Korang rasa kalau benda nie terjadi di Malaysia macam mana... Atau sebaliknya haruan yang makan anak sendiri...

Salah Target La Pulak...

Keluar kew susu nya adik oiii...???

Doktor Yang Tak Boleh Dipakai...

Bukannya menolong pesakit, doktor cabul ini malah memperkosa pesakitnyanya yang  lemah kerana sedang sakit.Seorang doktor di India ditangkap setelah memperkosa pesakitnya di bilik Unit Rawatan Intensif (ICU)... Kejadian ini terjadi setelah mangsa dibawa ke hospital kerana penung dan sesak nafas... Dia kemudian diperiksa oleh Dr.Vishal Vanne 27 tahun yang akhirnya memindahkannya ke bilik ICU...

Pada malam hari, doktor yang seharusnya mengubatinya  melakukan perkosaan... Mangsa 30 tahun mengaku tahu bahawa dirinya diperkosa namun tidak boleh melawan kerana sedang sakit... Keesokan hari ketika bertemu dengan suaminya, ia pun mengadu bahawa telah diperkosa...

Doktor tersebut dikatakn terangsang setelah menonton video klip porno yang tersimpan di handphonenya... Pihak polis telah merampas handphone untuk disiasat oleh unik forensik di Kalina... Kemungkinan pesakit diberikan suntikkan untuk melemahkannya juga disiasat oleh pihak polis
...

Doktor pun dah tak boleh pakai dah skunk nie pun hai lah dunia sekarang nie...

Perempuan Yang Fail...

   Apa punya gila ini pompuan...
P/s:Anda dilarang meniru aksi merbahaya ini... Walaupun ada dah tak dew karja sangat cari la kerja yang berfaedah sikit...

Tips Bakal Pengantin...

Kepada bakal menjadi pengantin yang tak lama lagi atau baru merancang untuk kahwin ,ini ada beberapa pantang larang yang boleh diikuti.

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang-larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi satu kewajipan tetapi sudah
menjadi budaya dalam masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul
untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jangan tidur dirumah orang takut terkena ilmu hitam. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.

4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang.

33. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu se lalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.Ini cuma satu nasihat, yang baik boleh diikuti. 

Ella Lari Ke Rusia...

Ella lari ke Rusia... Biar Betul mari kita teka sama2 kenapa Ella lari ke Rusia...

  1. Mybe Ella merajok
  2. Plastic Sugery
  3. Lari Dari Masalah
  4. Saje jew cuti nak makan angin
  5. Beralih Angin

Dan jawapannya....


Ella tak lari pun saje nak buat suprise sikit jew... Ratu rock kita nie kew Rusia untuk mengadakan konsert di Moscow untuk persembahan yang digelar Tiger Summit... Perrrghhhh sampai ke sana Ratu rock kita nie dijmput cayalah... Dengarnya Ella dan KRU serta kumpulan iringannya akan berada di Moscow dari 21 November hingga 28 November...
Kami mendoakan semoga korang success disana nanti...

Kes Rozaliya Selesai Sepenuhnya...

Akhirnya selesai jugak kes Rozaliya nie sepenuhnya... Selepas pihak keluarga rozaliya pulangkan wang hantaran dan cincin pertunangan sebagai tanda putusnya pertunangan mereka... Rasa tidak puas hati keluarga Rozaliya kerana gadis yang melarikan diri dari tunangnya 13 oktober yang lalu kini menjadi tenang semula selepas mereka menghantar wang sebanyak RM3000 serta cincin sebagai tanda putus tunang... 

Haaaa kan senang macam nie kalau dah tak suka cakap jew tak perlu la nak lari dari rumah, nie tak nak jugak lari dari rumah, kalau dari hari tue buat macam nie kan senang... Apa2 pun kita semua jadikan ini sebagai teladan untuk kita semua...  

Port Baik Punya...


Dunia sekarang ni,macam2 "port" sexs!dalam kereta,dalam bilik,dalam hotel,dalam kelambu,dalam apa lagi ek? haa..tapi yang ni punya sex "port" pelik sikit..macam dah tak ada port lain nak buat sex..haha..Cuba korang tengok betul2 gambar dekat atas ni..apa komen korang???


1)Adakah mereka tengah belajar berenang?
2)Adakah mereka tengah mandi manda di bawah jambatan?
3)Adakah mereka sedang mandi wajib?
4)Adakah rumah mereka tiada bilik air sampai nak mandi bawah jambatan?
5)Adakah mereka tengah dok sembang2?
6)Adakah mereka sesat?
7)Adakah mereka Mangsa banjir?
Sumber:ygmenarik blogsopt
berapa banyak adakah la aku bagi ni..tapi tak kisahla berapa banyak sekali pn..kalau korang rasa nak tambah ADAKAH ni lagi..sila kan komen .. :P

Jumaat, 22 Oktober 2010

Ariel Peterpen Pergi Buat Selamanya...

Ariel Peterpan atau lebih dikenali ariel 'peterporn' yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi panas video lucah bersama Luna Maya dikhabarkan sudah meninggal dunia kelmarin.

Ariel Peterpan meninggal dunia ketika berada dalam tahanan polis disebabkan overdos psikotropika.oh my god!kesiannya dekat ariel kan?huhu

Tetapi semua ini hanya rekaan dan khabar angin semata-mata dari orang yang tidak bertanggungjawab!hah.ceh!hampeh je kena kencing.tak guna!

Meh kita lihat artikel penuh yang aku petik dalam laman web 
artis.inilah.com
Jakarta - Beredar kabar bahwa Ariel 'Peterpan' meninggal dunia dalam tahanan polisi karena overdosis psikotropika. Benarkah?

Pesan tersebut beredar secara berantai melalui Blackberry Messanger mulai Sabtu (26/6) ini. Bunyinya sebagai berikut:

"Innalillahi wa innalillahi rodjiun, telah berpulang kepada tuhan yang mahakuasa, NAZRIEL IRHAM (ARIEL PETERPAN) yang menagalami overdosis zat psikotropika di dalam kamar tahanan pada jam 13:08 hari ini. marilah kita doakan agar arwahnya diterima di sisi tuhan yang maha kuasa. Amien."

Namun kabar tersebut tidak benar. Pantauan INILAH.COM di Mabes Polri, sekitar pukul 17.20 ada empat orang anggota keluarga menjenguk Ariel dengan membawa donut.

Kedatangan anggota keluarga ini sekaligus menepis adanya kabar bahwa Ariel meninggal. Namun saat diwawancara sejumlah wartawan, ke empat orang tersebut enggan memberikan keterangan dan langsung pergi meninggalkan Bareskrim.

Belum diketahui siapa penyebar rumor tersebut yang sepertinya bermotif ingin memperkeruh suasana. 


P/s : kalau tak paham bahasa indon p translate dekat 
google translate yer kawan2

Datin Rosnah Mansur Di Gesa Memohon Maaf...

Dekat facebook,blog,web sudah tersebar luas isu ini dan juga adegan kutuk mengutuk terhadap Datin Rosmah yang merupakan penaung kepada IFF (Islamic Fashion Festival).Dekat salah satu FB page yang aku jumpa,diorang menggsa supaya Datin Rosmah memohon kepada umat islam berhubung isu IFF.

Bagi anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.

Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Lantas persoalan itu dijawab oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin Mengenai IFF.
Saya berada di Qatar ketika ini. Pihak media bertalu-talu menghubungi saya bertanya pendapat tentang hal ini. Maka, saya ingin menyebut secara ringkas beberapa perkara berikut;

1. Berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan. Sama sekali ia tidak islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.

2. IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

3. Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.

4. Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah ‘Islamik’.

5. Bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti ini. Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.

6. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim.

7. Saya mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan ‘Islamic fashion’ mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak.


P/s : Takkan mufti nak dok senyap saja?mana media?ini isu agama xkan nak sembunyi lagi kot?huhu

Khamis, 21 Oktober 2010

9 Jenis Wanita Yang Dimasukkan Ke Neraka...

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.
(sekadar hiasan)

Piranha Gergasi Bukan Lagi Satu Dongeng..!!!

Jeremy Wade... Haaa korang mesti tak kenal siapa nama, mat salleh yang aku sebut kan nie... Beliau merupakan pemancing Britin yang terkenal... Kepada Si pancing korang mesti kenal dengan mamat nie...
Baru2 nie Jeremy Wade telah berjaya memancing ikan piranha gergasi di Sungai Kongo Afrika, malah beliau telah membuktikan bahawa ikan piranha gergasi sememangnya wujud dan bukan hanya sekadar fantasi dilayar filem... 
Dikatakan ikan ini mempunyai 32 batang gigi dan saiz giginya bersamaan dengan ikan jerung putuh... Berat ikan tersebut mencecah 45 kilogram, alamak serius berat beb... Malahan ikan tersebut mampu memakan manusia dan buaya... Jeremy Wade menghabiskan lapan hari di sungai tersebut untuk menagkapnya...
Perrrrgggghhhh kalau dah minat nie pew2 pown sanggup, lagi satu kalau aku pegi ke Afrika... Tak berani aku nak pegi mandi sungai kt sana... Kena baham nanya jew... Nasib baik la sungai kat Malaysia nie xdew ikan cam tue...

Sembilan Jahanam...!!!

(sekadar hiasan)

Beginilah jadinya bila dunia akhir zaman semakin hampir... Seorang Ibu yang melahir, menjaga, mencurahkan kasih sayang malah menahan keperitan semasa melahirkan kita di muka dunia ini..

Tanpa Ibu mybe kita sekarang nie tak mungkin mengenal erti kehidupan yang kita alami sekarung ini... 

Tapi lain pula yang dialami seorang ibu tunggal yang sudah dimamah usia malahan si Ibu ini pula lumpuh... Lebih menyayat hati lagi pabila si Ibu ini dihantar ke pusat jagaan warga emas, oleh sembilan anaknya... Dan alasan yang diberikan oleh anak2nya kenapa Ibunya ke pusat jagaan warga emas hanya kerana kuat makan...

Malah bertambah malang lagi apabila wang pencen peninggalan arwah suaminya turut dikaut oleh sembilan anak kandungnya sendiri...

P/s:Adakah anak2 ini akan dapat menghidu bau syurga... Sama2lah kita berdoa agar meraka kembali ke pangkal jalan sebelum terus terhanyut...

Akhirnya Rozila Di Temui...

Hari tu kecoh ingat perempuan ni kena culik ke ape... Sampaikan aku pun seriau jugak la nak keluar malam mana nak tau kot2 ak pown kena culik macam dia nie jugak...
Tetapi menurut Harian Metro, Cik Rozaliya ni bukan diculik..tetapi melarikan diri tamau kahwin dengan tunang dia! Kata Rozaliya lagi, tunang dia tu panas baran dan mengongkong..tu sebab dia tanak kahwin dan bertindak melarikan diri tu!

Adoi..huhu. Suspen gila kot time berita pasal dia ni keluar. Ok ini adalah antara andaian aku 
bila membaca cerita dia diculik hari tu:

  • diculik oleh bekas kekasih yang gila talak
  • diculik oleh secret admire dia time sekolah dulu2
  • diculik oleh penjenayah cam pembunuh Datuk Sosilawati tu
  • diculik oleh jiran dia yang tangkap syok dengan dia sejak dari zaman kanak2
  • diculik pekerja Mydin tempat dia tunggu tunang dia pada hari itu

Takpelah, yang penting semua dah selamat kan? Alhamdulillah.


P/s:Kalau tak suka sekali pun jangan la lari dari rumah, baik berterus terang jew dengan pihak keluarga... Kalau kita lari rumah tak kan selesai masalah malah membawa masalah...

Tahukah Kamu...!!!




1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.


3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.



4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.


6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca koleksi terbaik ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. ehehehehhehehehehe eh…..Sentuh la telinga korang dgn siku sampai ia kena…….Tak normal la korang maknanya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails