Selasa, 14 Disember 2010

Kacukkan Singa Dengan Harimau...

Liger adalah nama hasil kahwin campur antara singa jantan dan harimau betina...Jika bapaknya seekor singa dan ibunya seekor liger, maka akan menghasilkan apa yang disebut sebagai Li-linger (lebih dominan seperti singa)...

Secara umum, hasilnya adalah seekor singa dengan belang khas harimau berukuran sangat besar...Seekor Liger betina panjangnya rata – rata mencapai 3,05 m dan beratnya sekitar 320 kg.

Bentuk serta ukuran Liger yang tidak wajar ini diakibatkan oleh adanya Imprinted Genes, iaitu gen – gen yang  tidak terdapat di gen induk...Gen ini biasanya timbul akibat proses hibrida yang tidak lazim (contohnya perkawinan singa dan harimau) dan sangat mempengaruhi pertumbuhan hasil hibrida yang lahir...Hormon juga mempengaruhi keadaan ini...Penelitian terhadap keadaan hormon Liger menunjukkan bahawa Liger memiliki hormon yang menjadikan kondisi pertumbuhannya berlangsung terus–menerus...

Ligers mewarisi watak dari kedua spesies...Liger boleh berenang yang merupakan watak dari harimau dan sangat ramah seperti singa...Perkahwinan ini merupakan sesuatu yang sifatnya melawan hukum alam...

Di alam liar, perkahwinan ini mustahil terjadi...Sama mustahilnya seperti mengharapkan perkawinan gorilla dan manusia...

Perkahwinan ini terjadi akibat ‘kecelakaan’ (married by accident) di zoo, ketika itu harimau dan singa berada dalam di satu kandang...Perkahwinan yang melawan hukum alam ini menimbulkan petaka kepada binatang ini...
Petaka pertama adalah kemandulan yang dialami oleh Liger jantan...Walaupun ia tetap memiliki hormon testoteron yang normal serta beberapa kali didapati sedang berhubungan dengan Liger betina, tetapi tetap dia tidak akan dapat memproduksi keturunan...

Petaka kedua, binatang semacam ini memiliki cacat tubuh, kesihatan yang buruk, serta usia yang pendek...Umur Liger rata – rata hanya 20 tahun...Liger tertua yang pernah hidup mencapai 24 tahun...
Satu lagi, kerana sejak dalam wujud janin pertumbuhan Liger sudah abnormal, proses melahirkan dapat mengakibatkan kematian ibu. 

Jangan Mudah Tertipu Baca Sepenuhnya Dahulu...

Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran 
                                                   
Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita... Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita...                                       
                         
Tolong Baca...Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR...
Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject)...            
                         
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail...Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda...Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah...
Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga...Tengok keseluruhan...Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah...
Sekali pandang macam ayat dan kalimah  Al-Quran...Sebenarnya ayat dari kitab Bible...  

sumber : http://resepirahsiaku.blogspot.com 

Ditangkap Sebab Hendak Berkahwin Dengan Pondan...

PAKISTAN - Perkahwinan yang dilakukan seorang pengusaha Pakistan ini sungguh menghebohkan, kerana dia menikahi seorang pondan berusia 19 tahun...Polis membubarkan pesta perkahwinan dua sejoli yang sejati ini..

Malik Mohammad Iqbal Khan 42 tahun, seorang pengusaha baja, pondan bernama Rani, dan beberapa tetamu ditangkap polis pada malam hari di kota Peshawar, Pakistan...

"Kami menangkap kedua pasangan pengantin dan 41 orang lainnya dalam pesta pernikahan itu," ujar ketua polis Shahid Khan...Mereka di kurung dalam tahanan untuk satu hari kerana melanggar hukum syariah Islam...

Pengusaha baja tersebut sebenarnya sudah memiliki dua orang isteri yang membantah menikahi pondan tersebut, dia berkata bahawa acara pesta tersebut merupakan cuma acara ulang tahun untuk Rani...

"Kami sedang merayakan pesta ulang tahun, tapi polis menangkap kami...Kami tidak merancang untuk menikah," ujarnya...

Peguam kanan di Peshawar mengatakan bahawa polis memberikan tuduhan atas perbuatan seks yang tidak normal dan hukuman yang dikenakan adalah seumur hidup penjara...

Pakistan merupakan negara Islam konservatif yang mengharamkan seks di luar nikah dan homoseksual adalah tindakan yang di haramkan...

Komuniti pondan , termasuk hermaprodit, transeksual, waria dan homoseksual, selalu dicaci dan dihina oleh masyarakat...Biasanya pondan menjadi peminta-minta di jalan dan sebahagian lagi berakhir menjadi pelacur... 

p/s:Jangan la benda nie berlaku di Malaysia...

(Sedih) Anjing Yang Setia...

Anjing yang setia pada kekasihnya...

Isnin, 13 Disember 2010

Buat Sendiri di Rumah...

Sikat Rambut
Tukar:Cuci setiap minggu mengguna kan air panas...
Tukar apabila bulu-bulu berus rosak...

Sebab:Kajian mendapati 1mm folikel rambut boleh menyumbangkan kepada
50,000 gem dan berus rambut boleh menjadi punca keadaan tersebut...
Penyelidikan dari The Institute Of Trichologists mendapati , berus mengumpul lebihan produk-produk rambut , menjadikannya melekat dan menarik kekotoran...


Kasut Joging
Tukar:Setiap 250-500 batu...

Sebab:Berlari menggunakan kasut lama mengundang risiko cedera dan jangkitan...Kajian terbaru menunjukkan kulat di dalam kasut sukan lama adalah 100 kali lebih banyak berbanding di dalam tandas yang telah dipam...


Pisau Pencukur
Tukar:Selepas dua atau tiga kali pencukuran...

Sebab:Geseran di antara kulit dan pisau pencukur boleh menyebabkan ruam cukuran...Jangan berkongsi pisau pencukur untuk mengelak jangkitan pada kulit...


Berus gigi
Tukar:Setiap 3 bulan...

Sebab:Kajian menunjukkan berus gigi yang digunakan lebih 3 bulan kurang berkesan...Virus seperti hepatitis B dan C boleh merebak menerusi perkongsian berus gigi...


Tilam
Tukar:Setiap 8 ke 10 tahun

Sebab:Proses perkumbuhan semasa tidur menyebabkan keadaan lembab pada tilam...Semestinya keadaan itu merangsang kewujudan hama yang boleh merangsang asma dan juga masalah kulit terutama pada bahagian luka...


Coli
Tukar:Setiap tiga bulan atau selepas 30 hingga 40 cucian bagi baju dalam sukan...Elak menggunakan bahan peluntur fabrik...Bahan tersebut boleh merosakkan lycra pada coli...

Sebab:Payu dara dibentuk oleh tisu-tisu lemak dan disokong oleh ligamen cooper...Lantunan berulang disebabkan coli yang longgar dan boleh menyebabkan payu dara mengendur...Kebiasaannya penyokong yang dipasang pada coli akan menjadi berkurang selepas tiga bulan...Penyelidikan daripada Jabatan Sains Latihan Sukan Universiti Porthsmouth mendapati , payu dara wanita akan melantun sehingga 135 meter atau hampir empat kilometer semasa maraton...


Bantal
Tukar:Cuci setiap tiga bulan sekali atau tukar setiap enam ke 12 bulan...

Sebab:Selepas enam bulan 10% daripada bantal anda terdiri daripada hama , najis hama dan juga peluh...Apabila bernafas kandungan ini akan memudahkan seseorang itu terdedah kepada lelah , rinitis dan resedung...


Tuala Mandi
Tukar:Cuci seminggu sekali pada 60'C dan jangan kongsi tuala...

Sebab:Jangkitan , terutama masalah kulit mudah merebak menerusi tuala...


Papan Pemotong
Tukar:Sental dan nyah jangkitan setiap kali selepas digunakan...Tukar apabila permukaan papan pemotong semakin sukar dibersihkan...

Sebab:Kebanyakan papan pemotong menjadi rumah kepada bekteria 50 kali lebih daripada tempat duduk tandas...Apabila permukaan papan pemotong tidak rata dan kasar ,  adalah sukar untuk memastikan kebersihannya...

Ahad, 12 Disember 2010

Saya Memohon Maaf , Luahan Lisa Surihani....

Pelakon Lisa Surahani tidak kisah andai kemarahan masih menyala di kalangaan oleh ketelanjurannya tempoh hari dalam program Mari Menari baru2 ini...

Ungkapan "gila babi" yang terkeluar dari mulut wanita bujang sepertinya dilihat tidak manis bagi sebuah program televesyen...Walaubagaimana pun gadis yang manja ini telah memohon maaf atas kesilapannya yang tidak di sengajakan mengeluarkan perkataan "gila babi" tersebut namun dia tetep dibayangi tanggapan negetif rentetan dari tingkah yang tidak di sengjakan itu...

"Ia berlaku di luar kesedaran saya dan saya pown sudah sedar atas kesilapan saya itu" itu lah luahanan  hati seorang gadis yang lemah lembut ini...Hurmmm tak pew la Lisa kalau Lisa sudah sedar atas kesalahan Lisa itu baguslah...Setiap manusia mesti lakukan kesilapan sama ada sedar atau tidak jew...Di sini Abg Kamikaze harap Lisa dapatlah betulkan kesilapan yang telah Lisa lakukan...

p/s:semoga success di dalam bidang kerjaya Lisa... 

Pengakuaan Shuib Kumpulan Sepah...

Aduh apahal pulak la dengan si Shuib kumpulan sepah seorang nie...Shahmira Mohamed atau lebih di kenali sebagai Shuib akhirnya mengaku pown yang Shuib ini sudah pown bertunang dengan Siti Sarah Raisudin pada 16 November yang lalu...

Apa lah yang nak di rahsia sangat Shuib oiiii , bagi tau jew kan benda nie pekara baik...Maklum la nk mendirikan masjid la katakan...Tapi disini Shuib ingin meminta maaf , bukan sengaja ingin merahsiakan pertunangan mereka akan tetapi tidak mahu diheboh2kan yela takot2 nanti tak jadi pulak...

Disini kumpalan Raja Lawak musin ke 3 itu ada menyatakan lagi ,tidak mahu si Sarah nie berada didalam keadaan badi yela sebelum nie kan Siti Sarah ada bertunang dengan lelaki mat salleh tpi akhirnya putus di tengah jalan...Abg Kamikaze di sini berdoa biarlah kali ini menjadi hingga ke jinjang pelamin mudah2an Amin...

Mamat & Jap bila lagi...

Duda Anak Dua Menjadi Pilihan...

Untuk entery(btoi kew ejaan nya cm nie)hahaha, lagi sekali jejaka2 yg sudah pasang niat untuk  di jadikan Rebecca Nur Islam sebagai calon isteri terpaksa la korang semua lupakan...Sob Sob sedih2 kenapa la ko pilih yg duda sedangkan yg bujang nie masih ramai...

Hehehe jangan marah abg kamikaze errkkkk saje nak wat dramatik sikit...Tapi inilah yang dikatakan jodoh...Apa yang abg Kamikaze tahu bakal calon suami si Rebecca nie ada lah seorang peguam iaitu Nor Azam Datuk Sulaiman 42 tahun , manakala Rebecca pula berumur 24 tahun satu perbezaan yang jauh tue...

Tapi itu lah yang di katakan jodoh yang penting kasih sayang dan kejantanan bakal suaminya memang memikat hati Rebecca...Lagipun kata orang lagi tua laki matang...Lagi tua lagi berpengalaman mengemudi bahtera perkahwinan...Tak gitu?

Dan yang paling penting majelis perkahwinan ini akan di langsungkan selama 3 ari 3 malam...
Dah macam kenduri tahlil la pulak hehe jangan marah erkkk...14 Januari nikah , 15 Januari bersanding di Hotel Flamingo & 16 Januari di Menara KL...Apa2 pown Abg Kamikaze ingin mengucapkan supaya Rebecca & suami dapat melayari bahteranya dengan sempurna...

Sabtu, 11 Disember 2010

10 Hukuman Mati Paling Ngeri & Kejam...


1)Ditanam Hidup-hidup
Hukuman ini telah digunakan kepada individu ataupun secara kelompok.Mangsa biasanya diikat dan kemudian ditempatkan dalam sebuah lubang dan ditanam. Salah satu yang paling terkenal adalah pembunuhan ketika Perang Dunia II semasa tentera Jepun menanam hidup-hidup warga sipil China.Tahukah korang berapa mangsa yang ditanam hidup-hidup ? Mengikut info,hampir 10,000 orang telah ditanam hidup2 dalam tanah!mai !..kejam siott..


2)Snake Pit
ini adalah salah satu lagi bentuk Penyiksaan yang boleh dikatakan kejam dan ngeri. Narapidana dilemparkan ke dalam lubang dalam dengan ular berbisa.Beberapa pemimpin terkenal dikatakan mati dengan cara ini termasuklah Ragnar Lodbrok, panglima perang Viking, dan Gunnar Raja Burgundi.


3)Cakar Sepanyol
Penyiksaan ini umumnya digunakan di Eropah selama Abad Pertengahan. Digunakan untuk merobek kulit mangsa, senjata ini boleh robek melalui apa pun, termasuk otot dan tulang.Mangsa diikat telanjang, kadang-kadang di depan umum.Bentuk penyiksaan ini biasanya dimulakan pada tungkai kaki dan hanya menyiksa leher dan wajah saja.


4)Dihiris Perlahan Lahan
Ling Chi, diterjemahkan sebagai “lambat mengiris” atau “kematian yang masih tersisa” itu digambarkan sebagai kematian dengan seribu luka. Penyiksaan seperti ini bermula pada tahun 900 M sampai tahun 1905, bentuk penyiksaan dengan cara ini perlahan-lahan membuat luka dan menghilangkan beberapa bahagian tubuh, memperpanjang hidup mangsa penyiksaan selama mungkin.


5)Dibakar
Kematian dengan membakar telah digunakan sebagai suatu bentuk hukuman mati selama berabad-abad dan sering dikaitkan dengan kejahatan seperti pengkhianatan dan sihir. Sekarang ini dianggap sebagai hukuman yang kejam.Sebelum abad ke-18, yang dibakar pada tiang panjang adalah amalan umum.Mangsa diikat dan dibakar dihadapan orang ramai yang menyaksikan hukuman ini.


6)Necklacing
Hukuman ini banyak dilakukan di Afrika Selatan.Necklacing sayangnya masih sangat umum hari ini. Necklacing dimasukkan pada mangsa dan lengan, dan kemudian dibakar. Necklacing dasarnya menyebabkan tubuh akan berubah menjadi meleleh.


7)Dipijak Gajah
Di Asia Selatan dan Asia Tenggara,Gajah telah menjadi bentuk hukuman mati selama ribuan tahun.Haiwan in dilatih untuk melaksanakan dua cara. Perlahan-lahan, dalam cara yang berkepanjangan, menyiksa atau menghancurkan, yang menewaskan mangsa dengan sekelip mata.Pembunuhan dengan gajah ini berguna untuk mempertinggi rasa takut kepada rakyat jelata, membuktikan bahawa mereka bahkan memiliki kemampuan untuk mengendalikan binatang liar. 



8)Guillotine
Guillotine adalah salah satu bentuk penyiksaan yang paling terkenal .Terdiri dari pisau tajam diikatkan pada tali, kepala mangsa diletakkan di tengah-tengah bingkai dan kemudian pisau dijatuhkan dan menyebabkan orang yang dipenggal mati serta merta!


9)Digantung, ditusuk, dan dicincang
Hukuman ini biasanya dijalankan kepada seorang pengkhianat di Inggris.Mangsa akan digantung, ditarik dan dipotong-potong pada abad pertengahan.Hukuman ini telah dihapuskan pada tahun 1814.
Prosesnya hukuman ini dijalan :

a)Mangsa diseret pada bingkai kayu yang disebut rintangan ke tempat penyiksaan akan dijalankan.
b)Mangsa digantung dengan leher untuk waktu yang singkat sampai hampir mati.
c)Isi perut dan alat kelamin mangsa dibakar. Akhirnya, tubuh terbelah menjadi empat bahagian yang terpisah dan selepas itu kepala mangsa akan dipenggal!


10) The Brazen Bull
The Brazen Bull dikenali juga dengan Banteng Sisilia merupakan salah satu bentuk penyiksaan paling kejam.Dimulakan di Yunani kuno, kuningan padat dilemparkan ke dalam bentuk banteng kosong, dengan pintu di bahagian samping yang terbuka dan terkunci.

Untuk memulakan penyiksaan,Mangsa ditempatkan dalam banteng kuningan dan api telah dinyalakan dibawahnya. Api logam dipanaskan sampai benar-benar kuning, menyebabkan mangsa di kukus sampai mati.Banteng itu direka sedemikian rupa supaya jeritan mangsa akan terdengar sebagai sebuah muzik.

Jumaat, 10 Disember 2010

Surat Cinta Yang Berusia 4200 Tahun...

Surat cinta tertua di Dunia yang pernah ditemui berasal dari sekitar tahun 2200 SM di lembah Niffer 150 km dari kota Baghdad, Iraq. Penemuan ini berdasarkan penggalian arkeologi sekitar tahun 1889 oleh Noah Kramer ,Profesor dari Philadelphia University

Pada awalnya ahli arkeologi menemui sekitar 70 ribu artifak berbahasa Sumeria yang pada ketika itu masih belum boleh diterjemahkan erti dari bahasa tersebut.

58 tahun setelah penemuan tersebut, sumerologi (ahli bahasa Sumeria ) terkenal didunia yang bernama
Muazzez Longsor dan Hatice K?z?laybu cuba menterjemahkan maksud yang terkandung dalam artifak tersebut.Artifak tersebut berbentuk seperi plat diperbuat dari batu.Bila melihatnya,kita tidak akan tahu maksud dan erti tujuan tersebut.
Sejarahnya bermula apabila surat dalam berbentuk artifak itu dibuat oleh seorang pendeta tinggi (High Priest ) bangsa Sumeria bernama 
Inanna yang ditujukan kepada Raja yang juga suami pada malam pernikahan mereka.Sudah menjadi tradisi bangsa Sumeria bahawa pada ketika malam pernikahan si isteri akan membuat puisi cinta untuk si suami.

Dibawah ini terjemahannya dari Sumerologi orang Turki ke Bahasa Inggris adalah seperti berikut:

Bridegroom, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet,
Lion, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet.
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Bridegroom, I would be taken by you to the bedchamber,
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Lion, I would be taken by you to the bedchamber.
Bridegroom, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey,
In the bedchamber, honey-filled,
Let me enjoy your goodly beauty,
Lion, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey.
Bridegroom, you have taken your pleasure of me,
Tell my mother, she will give you delicacies,
My father, he will give you gifts.
Your spirit, I know where to cheer your spirit,
Bridegroom, sleep in our house until dawn,
Your heart, I know where to gladden your heart,
Lion, sleep in our house until dawn.
You, because you love me,

Give me pray of your caresses,
My lord god, my lord protector,
My Shu-Sin, who gladdens Enlil’s heart,
Give my pray of your caresses.
Your place goodly as honey, pray lay your hand on it,
Bring your hand over like a gishban-garment,
Cup your hand over it like a gishban-sikin- garment.
P/s : Paham ke tak bahasa inggeris?kalau tak paham translate la sendiri tak pun tanya cikgu BI ke atau sapa2 yg paham ye?dah ngntuk nak tidur dlu.hehe

Khamis, 9 Disember 2010

Hikmah Perkahwinan...

Pertama:
Untuk mengekalkan dan meneruskan zuriat manusia di muka bumi ini dan seterusnya meramaikan manusia, kerana baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam akan berbangga dengan umat baginda yang ramai di akhirat nanti.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Maksudnya:
Dari Ma’qal bin Yasar, dia berkata: Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu dengan wanita yang pengasih dan subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai. (Riwayat Al-Imam Abu Daud).

Kedua:
Untuk menjaga kehormatan diri.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Maksudnya:
Dari Abdullah bin Mas’ud Radiallahu-Anhu ia berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada kami: Wahai orang-orang muda! Barangsiapa yang berkuasa antara kamu untuk berkahwin, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu melembutkan pandangan dan menjaga kehormatan dan barangsiapa yang tidak mampu, kerjakanlah puasa kerana puasa itu boleh melembutkan syahwat. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Ketiga:
Memudahkan datangnya rezeki.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Maksudnya:
Dari Aisyah Radiallahu-Anha, telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta. (Riwayat Al-Imam Al-Bazzar).

Keempat:
Bertujuan untuk hidup bahagia dengan aman damai, berkasih sayang dan cinta mencintai.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ar-Ruum, ayat 21:

Tafsirnya:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu wahai kaum lelaki, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. Supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir.

Kelima:
Untuk menambah kaum kerabat, memperhubungkan Silaturrahim antara satu dengan lain.

Muslimin yang berbahagia,
Bersempena dengan kita meraikan Istiadat Perkahwinan Diraja ini, marilah kita sama-sama menadah tangan kehadrat Allah Subhanahu Wataala, mendoakan agar diberkati dan mendapat perlindungan Allah Subhanahu Wataala. Amin Ya Rabbal-'Aalamin.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al Furqaan, ayat 74:

Tafsirnya:
Dan juga mereka yang diredhai Allah itu ialah orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan menjadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertakwa. 

Pantang Larang Untuk Bakal Pengantin...

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.



2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.



3. Jgn bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.



4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit



5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.



6. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.



7. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.



8. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.



9. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.



10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.



11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)



12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.



13. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.



14. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.



15. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.



16. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.



17. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.



18. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.



19. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.



20. Elakkan minum minuman keras dan merokok.



21. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.



22. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.



23. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan



24. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.



25. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.



26. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).



27. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.



28. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.



29. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.



30. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.


31. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.



32. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.



33. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.



34. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.



35. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.



36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.


37. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.



38. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.



39. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.



40. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.



41. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.


42. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.



43. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails