Isnin, 13 Disember 2010

Buat Sendiri di Rumah...

Sikat Rambut
Tukar:Cuci setiap minggu mengguna kan air panas...
Tukar apabila bulu-bulu berus rosak...

Sebab:Kajian mendapati 1mm folikel rambut boleh menyumbangkan kepada
50,000 gem dan berus rambut boleh menjadi punca keadaan tersebut...
Penyelidikan dari The Institute Of Trichologists mendapati , berus mengumpul lebihan produk-produk rambut , menjadikannya melekat dan menarik kekotoran...


Kasut Joging
Tukar:Setiap 250-500 batu...

Sebab:Berlari menggunakan kasut lama mengundang risiko cedera dan jangkitan...Kajian terbaru menunjukkan kulat di dalam kasut sukan lama adalah 100 kali lebih banyak berbanding di dalam tandas yang telah dipam...


Pisau Pencukur
Tukar:Selepas dua atau tiga kali pencukuran...

Sebab:Geseran di antara kulit dan pisau pencukur boleh menyebabkan ruam cukuran...Jangan berkongsi pisau pencukur untuk mengelak jangkitan pada kulit...


Berus gigi
Tukar:Setiap 3 bulan...

Sebab:Kajian menunjukkan berus gigi yang digunakan lebih 3 bulan kurang berkesan...Virus seperti hepatitis B dan C boleh merebak menerusi perkongsian berus gigi...


Tilam
Tukar:Setiap 8 ke 10 tahun

Sebab:Proses perkumbuhan semasa tidur menyebabkan keadaan lembab pada tilam...Semestinya keadaan itu merangsang kewujudan hama yang boleh merangsang asma dan juga masalah kulit terutama pada bahagian luka...


Coli
Tukar:Setiap tiga bulan atau selepas 30 hingga 40 cucian bagi baju dalam sukan...Elak menggunakan bahan peluntur fabrik...Bahan tersebut boleh merosakkan lycra pada coli...

Sebab:Payu dara dibentuk oleh tisu-tisu lemak dan disokong oleh ligamen cooper...Lantunan berulang disebabkan coli yang longgar dan boleh menyebabkan payu dara mengendur...Kebiasaannya penyokong yang dipasang pada coli akan menjadi berkurang selepas tiga bulan...Penyelidikan daripada Jabatan Sains Latihan Sukan Universiti Porthsmouth mendapati , payu dara wanita akan melantun sehingga 135 meter atau hampir empat kilometer semasa maraton...


Bantal
Tukar:Cuci setiap tiga bulan sekali atau tukar setiap enam ke 12 bulan...

Sebab:Selepas enam bulan 10% daripada bantal anda terdiri daripada hama , najis hama dan juga peluh...Apabila bernafas kandungan ini akan memudahkan seseorang itu terdedah kepada lelah , rinitis dan resedung...


Tuala Mandi
Tukar:Cuci seminggu sekali pada 60'C dan jangan kongsi tuala...

Sebab:Jangkitan , terutama masalah kulit mudah merebak menerusi tuala...


Papan Pemotong
Tukar:Sental dan nyah jangkitan setiap kali selepas digunakan...Tukar apabila permukaan papan pemotong semakin sukar dibersihkan...

Sebab:Kebanyakan papan pemotong menjadi rumah kepada bekteria 50 kali lebih daripada tempat duduk tandas...Apabila permukaan papan pemotong tidak rata dan kasar ,  adalah sukar untuk memastikan kebersihannya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails