Selasa, 7 September 2010

Kunyit mencegah pelbagai penyakit Betol kew...?

Kunyit (curcumin), sejenis rempah yang digunakan dalam masakan, merupakan salah satu penyembuh semulajadi paling mujarab. Kegunaannya telah bermula selama 2,500 tahun dahulu. Rempah tersebut dengan perlahan telah memperlihatkan sifat perubatan sejak berabad lamanya.




Khasiat kunyit
 
Bagi masyarakat melayu kita kunyit terkenal sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Dimana ianya digunakan untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Selain daripada itu kunyit juga terkenal dengan memanaskan badan serta melancarkan peredaran haid. Kunyit juga dipercayai dapat membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angin dalam perut, dimana di jepun kunyit ditambah di dalam teh untuk mengeluarkan angin dari dalam badan.
Bagi masyarakat cina pula percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku.Di India dalam perubatan ayuverda kunyit digunakan sebagai antiseptik serta anti bakteria. pada luka,kesan terbakar dan juga kesan lebam.Di thailand kunyit digunakan untuk merawat luka akibat sengatan ular.




Melancarkan Perjalanan Darah

1. Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.
2. Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.

Memanaskan Badan
Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.

Daun Kunyit
Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata. 


Wah banyak juga khasiat kunyit nie erk...Cuma kita jew jew yang tak tahu...
yela bile pening kepala cikit dah makan panadol...Pada hal penadol tue lagi membawa 
iffect pada diri kita...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails