Jumaat, 24 September 2010

Mat Iran Yang Cekap...

Asyik2 guna taktik lama tapi bagi warga Iran yang berusia 29 tahun ini... Dia menggunakan satu taktik yang lain dari yang lain untuk mengedar dadah... Dia menggunakan taktik menyimpan dadah2 tersbut di celah sandalnya...
Walaubagaimana pun polis dinegara kita nie boleh menghidu perbuatan lelaki tersebut , dia ditahan bersama teman wanitanya di Lapangan terbang KLIA...
Suspek yang baru tiba melalui penerbangan dari Doha, Qatar itu dipercayai ‘keldai dadah’ kepada sindiket pengedaran dadah antarabangsa dicekup pihak berkuasa negara ini...Suspek ditahan ketika sedang menolak troli dan selepas pemeriksaan dilakukan, anggota kami tidak mendapati sebarang dadah di dalam begnya tapi bila kami tengok dengan teliti di bahagian sandalnya terdapat sesuatu yang mencurigakan... Selepas sandalnya dibelah, helah suspek terbongkar apabila syabu seberat 975 gram dianggarkan bernilai RM250,000 dijumpai...

Sepandai2 tupai melompat akhirnya tumpas juga si pemburu...
hehehe , pepatah baru...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails